Monday, 8 February 2010

MOKHTAR !!!!

Hari ini masuk hari kedua perbicaraan Anwar, tetapi yg membuat aku tertanya tanya ialah kenapa pada hari ini perbicaraan dibuat secara tertutup pula? disebakan bukti paparan video, perbicaraan hari ini ditutup untuk tatapan rakyat dan buat rakyat tertanya tanya apa yg terkandung dalam paparan video tersebut.

Selalunya perbicaraan tertutup hanya untuk menutup aib si mangsa bukan si tertuduh. apa yg hendak disorokan kalau benar dia tidak bersalah buatlah sercara terbuka biar rakyat dapat menilai setuasi ini sedangkan Anwarlah yg sentiasa laung laungkan yg dia dianiaya oleh saiful. Dulupun dia sendiri yg buat permohonan Qazaf untuk saiful mencari empat orng saksi, nie tak mahu orng tengok pula, yg mana satu nie Anwar hendak nie.



Pada hari pertama perbicaraan Anwar ramai diantara pemimpin pembangkang yg hadir untuk menjadi pasukan sorak kepada Anwar, keadaan dimakamah juga menjadi kecoh apabila ada yg dilarang untuk memasuki ke bilik perbicaraan. Setelah mendapat bergitu kuat sokongan dari pengikut mereka kenapa harus perbicaraan hari ini dibuat secara tertutup, ini akan mengecewakan pengikut mereka yg telah menjadi penyokong setia sejak kes ini difailkan dimakamah.

Mana tidaknya ramai penyokong Anwar termasuk rakyat ingin mengetahui segala apa yg berlaku dimakamah tetapi telah dihalang pula Kenapa? apa yg harus ditakut jika benar Anwar tidak bersalah, buktikan dan hebah kepada semua yg Anwar benar benar tidak bersalah, bukti bukti pada hari ini adalah bukti penting untuk Kes ini dan seharusnya dipertontonkan kepada semua rakyat supaya rakyat dapat menilai kes ini.

Bukti yg dijangka dikeluarkan pada hari ini adalah bukti bukti penting seperti DNA, KONDOM dan Air MANI termasuk juga bukti video cctv. Bukti bukti ini adalah bukti penting yg akan menjadi perdebatan diantara pengum bela dan peguam tertuduh selama kes ini berlansung. Kalaulah benar bukti bergitu penting ini haruslah didedahkan kepada umum supaya dapat dinilai sendiri oleh semua.

Segala rentak Anwar sejak kes ini bermula mendapat perhatian rakyat yg inginkan kepastian terhadap tuduhan yg dikenakan kepada anwar. Maka kes ini menjadi satu kes yg berprofail tinggi dan setiap hari rakyat akan mengikuti perkembangan kes ini, tetapi apa bila kes ini dibicarakan secara tertutup dan segala maklumat dihalang maka rakyat tidak mendapat maklumat yg mencukupi dan tertanya tanya. Dimana kebebasan media dan hak rakyat, jika media dihalang dari mendapatkan maklumat yg cukup mengenai kes ini maka dengan ini tidak dapat dilaporkan kepada seluruh rakyat.

kesimpulanya disini ialah jika benar seperti yg anwar laungkan yg dia dianiaya dan dipitnah buat sajalah perbicaraan secara terbuka, buat apa nak malu jika benar Anwar tidak bersalah, seperti bak kata pepatah Berani kerana Benar Takut kerana salahhh. pikir pikirkan lah........

1 comments:

Anonymous said...

Dlm perbicaraan hanya ada satu keputusan saja, bersalah atau tidak. Jgn jadikan pertuduhan di mahkamah sebagai keputusan seseorang itu sudah bersalah atau tidak bersalah. Mahkamah hanyalah hukuman didunia, ingatlah hukuman Allah di akhirat besok lebih perit. Nak pesan satu kat cucu tok pasai jgn asyik guna isu sodomi anwar saja untuk mengukuhkan sokongan terhadap UMNO kerana banyak lagi isu kelemahan dlm umno yg perlu diperbetulkan. Bukan senang UMNO BN kuala kedah hendak merampas Parlimen dan DUN yg telah dimenangi oleh pakatan rakyat. Jgn bermimpi disiang hari, kerja kuat tambah pengundi BN di kuala kedah, jgn syok sendiri, tolonglah dtk latt shariman, bukan senang nk dptkan seorang ketua umno bhg yg sekarang ini merupakan orang kuat PM. Moga selamat berjuang untuk pastikan kemenangan BN kedah dlm pru ke 13 kelak.