Friday, 23 January 2009

PAHIT PUN KENA TELAN JUGA


KEPIMPINAN DATO LAT SHARIMAN DIPERTIKAI



Dalam artikel bulan November yang lalu saya mengucapkan tahniah atas kemenangan Dato Lat Shariman sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah. Semoga era peralihan kuasa semasa pemilihan Bahagian berjalan lancar. Dalam tempoh hampir tiga bulan peralihan kuasa, apa yang kita nanti nantikan atau kita harapkan terjadi sebaliknya. Ramai yang mempertikaikan kewibawaan Dato Latt sebagai Ketua Bahagian.


Sebagai ahli yang sentiasa turun padang , cucu tok pasai banyak mendengar rungutan daripada ahli ahli akar umbi berhubungan dengan Dato Latt. Berkemungkinan rungutan ini tidak sampai kepada beliau untuk di perbetulkan maka disini saya mengambil kesempatan untuk menyenaraikan rungutan mereka. Semoga sekiranya Dato Latt Shariman membaca artikel ini atau sesiapa saja boleh membuat komen atau mencari jalan penyelesaian dan bukannya mengeruhkan lagi suasana. Isu isu ini perlu diperjelaskan oleh Ketua Bahagian kepada ahli akar umbi. Kita harus telan walaupun pahit. Perjalanan kita masih jauh tapi makin hampir. anggaplah rungutan atau komplain atau cakap cakap kedai kopi sesuatu yang serious dan harus di beri perhatian dan diselesaikan. Sebenarnya sifat hormat ahli cawangan masih ada, sikap kurang ajar masih terpelihara, mereka masih menghormati Ketua yang mereka sayangi, segala rungutan sebenarnya mereka tidak mahu kehilangan seorang Ketua yang mereka sanjungi. Bayangkan Bagaimana sekiranya mereka hilang semua sifat sifat itu ?
Diantara rungutan tersebut:


1. Tiada persefahaman antara Ketua Bahagian dengan Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Ajk Bahagian. Ini adalah masaalah pokok. Sepatutnya sebagai Ketua Bahagian beliau berkewajipan untuk memperbaiki hubungan baik ini. Tidak sepatutnya berburuk sangka antara satu dengan yang lain. Akan hancur sebuah organisasi sekiranya perkara ini berterusan atau berlarutan.

2. Isu perlantikan Ajk tambahan


1.Perlantikan Dato Haji Abdullah Hasnan dan Haji Abdul Manan ( Drp satu Cawangan)


2.Perlantikan Zul Ahmad Tarmizi ( satu cawangan dengan En Anuar Hassan Ajk Bahagian)


3. Isu perlantikan Penyelaras Parlimen dan DUN serta Isu perlantikan Penyelaras mukim. Ramai yang mempertikaikan. Walaupun hak perlantikan ini adalah hak ketua, beliau seharusnya membawa perkara ini dalam mesyuarat bahagian.


4. Progran Klinik bersama Ketua Bahagian. Banyak rungutan daripada AJK Bahagian dan Ahli Cawangan terutama ketua ketua cawangan. Program dibuat secara tergesa gesa tanpa mesyuarat ajk bahagian. Terdapat banyak kepincangan semasa program di laksanakan. Ramai Ahli tidak mendapat maklumat berhubung program tersebut,


5. Isu perlantikan Ketua Penerangan Bahagian ( Tiada pengalaman dalam politik bahagian)


6. Ketua Bahagian tidak turun padang berjumpa dengan Ahli cawangan terutama dengan Ketua2 umno cawangan selepas ditabal sebagai ketua bahagian. Beliau Besikap pilih kasih yakni ke cawangan yang terpilih sahaja ketika balik dari Kuala Lumpur. Kesibukan beliau dengan tugas tugas di Kuala Lumpur sepatutnya bukanlah alasan.


7. Hubungan pergerakan pemuda dengan Ketua Penerangan mulai renggang. Ibarat retak menanti belah. Ketua Penerangan harus berhati hati dengan tindak tanduk nya. Segala yang di lakukan adalah mencerminkan aksi Ketua Bahagian. Setiap program Penerangan atau mana mana biro haruslah di hadiri oleh Ketua Bahagian.


8. Isu berhubung dengan Syed Zainurman (Sted Man). Tiada skop kerja . Ajk bahagian serta akar umbi mempertikaikan masaalah ini. Sepatutnya Dato Latt harus memberi satu garis panduan ataupun skop kerja kepada Syed Man. Kerana beliau bukan AJK Bahagian. Urusan Bahagian hendaklah diserahkan kepada Bahagian melalui Setiausaha Bahagian. Janganlah pisang berbuah dua kali seperti Fauzi Mokhti dan Syed Razak. Dato Hashim , Ben dan Pusam. Terdapat ahli cawangan yang kurang senang dengan peranan beliau sebagai wakil Dato Latt. Bagi mereka segala keputusan yang di buat Dato Latt adalah dipengaruhi Syed Man.


9. Masaalah Jemputan kenduri. Ramai ahli yang terkilan kerana Ketua bahagian tidak dapat melapangkan masa untuk hadir.


10. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa Dato Latt Shariman harus sedar bahawa beliau menang sebagai Ketua Bahagian bukan kerana jasa atau populariti beliau di Bahagian Kuala Kedah tetapi adalah kerana jawatan yang disandang beliau sekarang ini iaitu Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mereka mengharapkan Dato Latt yang hampir dengan bakal Perdana Menteri dapat membawa suatu perubahan di Kuala Kedah.


11. Dato Hashim Jahya yang dahulunya sibuk di parlimen sekarang ini berpeluang memziarahi ahli ahli cawangan . Beliau mengambil peluang ini untuk membersih imej beliau yang suatu ketika tercalar kerana jarang turun padang atas alasan sibuk di parlimen. Ketika ini peratusan imej Dato Hashim kembali pulih. Ada ahli peringkat cawangan yang dahulunya berpaling tadah dengan Dato Hashim meluahkan rasa kesal.


Kesimpulan yang dapat cucu tok pasai kata ialah Dato Latt kena turun padang seperti mana hendak menawarkan diri bertanding Ketua Bahagian dahulu tanpa sebarang alasan. Setiap isu yang dibangkitkan hendaklah dijelaskan kepada mereka.


Kepada ahli UMNO Kuala Kedah hendaklah bersabar, Prestasi Dato Latt tidak lah boleh kita nilaikan sekarang . Adalah tidak adil kita mempersoalkan atau kita membuat penilaian dalam tempoh sekarang ini yang mana tempoh beliau memegang jawatan Ketua Bahagian hanya baru tiga bulan .


Dato Latt harus bersyukur kerana segala isu yang timbul ketika ini beliau baru saja memegang jawatan. Banyak peluang untuk diperbaiki. Tapi bayangkan sekiranya setiap isu dibangkitkan ketika hampir dengan pemilihan yang akan datang atau menjelang Pilihanraya ????

5 comments:

Anonymous said...

TAU TAK PA !

Anonymous said...

Hang hanya tau komplen saja..

Kita perlu bagi peluang pada Dato' Latt, bolehkah kita nilai dia dlm masa 3 bulan ni?

Kalau dulu Dato' Hashim buat kerja macam la..lah.. Konfirm menang pilahanraya 12 hari tu..

Macam orang tua kata la.. Bila terantuk baru nak terjaga & tersedaq.. Dulu bab projek Hashim serah kat puzem ja... Cuba la kita tengok.. Bab projek Ketua bahagian bagi mandat pada Biro Pembangunan & infrasruktur (peruntukan rm4000 kpd cawangan2).. Inikah dikatakan ada masalah dlm perhubungan dgn AJK2 bahagian.

Bagi peluang dulu.. Sama2 kita bekerja dgn Dato' Latt demi pembangunan kuala Kedah... Ni dak asyik dok bawa fitnah sana sini.. Bila BANGSA MELAYU nak maju, asyik dok dengki sama2 bangsa sendiri..

Ingatlah wahai penulis, kuasa melayu dah tak kuat lagi..

UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH said...

Assalamualaikum.
Terima kasih keranan menulis artikel dalam blog tuan tempoh hari.
Jawapan untuk beberapa persoalan yang dikemukakan oleh pihak tuan boleh dibaca di alamat ini
http://umno-kualakedah.blogspot.com/2009/01/jawapan-kepada-artikel-dalam-blog-medan.html
Adalah diharapkan penjelasan yang diberikan dapat meleraikan segala kekusutan.
Terima kasih diucapkan di atas keprihatinan.
Wassalam

Anonymous said...

hai, cucu tok pasai, teruk hang kena dalam jawapan balas dari ketua penerangan.. tu lah.. kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan dalam nak diduga

Anonymous said...

Saya merasakan komen Tok Pasai berkenaan hal ini amat prejudis seolah-olah tidak mahu membuka peluang kepada kepimpinan baru bahagian ini yang hanya masuk 3 bulan.Malah saya merasakan komen Tok Pasai bersifat spekulasi, mengandungi unsur fitnah dan sengaja menimbulkan kemarahan,huruhara dikalangan ahli umno Kuala Kedah. Sedarlah Tok Pasai,Melayu kita khususnya UMNO dalam keadaan yang amat tenat sekali. Saya ingin mencadangkan agar Tok Pasai bertaubat, menutup laman web ini dan sama-sama membantu Dato' latt dalam Umno 'Baru'. Dato Latt amat senang didekati dan mesra rakyat. Jasa Dato Latt yang paling besar setakat ini ialah menyedarkan Dato' Hashim agar sentiasa mesra sepanjang masa dan bukan hanya semasa hendak bertanding. Rakyat sudah muak dengan pemimpin begini dan boleh menilai kredibiliti seseorang. Orang sombong dan suka menabur fitnah selalu rugi,didunia dan akhirat. Kita harus bersyukur kerana dengan sifat ramah semulajadi dan perubahan positif yang dilakukan dato' latt kepada UMNO Kuala Kedah setakat ini, Dato' Hashim juga telah berubah menjadi 'baik'. Ini zaman dato' latt, beri peluang kepadanya dan galakkan kedua-dua tokoh ini berbaik-baik, bukan melaga-lagakan mereka.Bukan mudah bagi Dato' Latt untuk puaskan hati semua orang, tapi saya percaya dia cuba melakukan yang terbaik. Umno Kuala Kedah ada blog sendiri dan segala pertanyaan berkenaan aktiviti dan majlis ada disitu. Beri peluang! Dalam mana kita berpolitik, harus diingat bahawa kita masih tertakluk kepada hukum Allah.Jauhkan dari sikap benci membenci,sombong,tuduh menuduh dll.Kita jangan menghukum orang,biar allah yang melakukan seperti surah AlImran ayat 26 'Katakanlah (Muhammad),'Wahai Tuhan Pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan engkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki. Di tangan Engkau segala kebajikan. Sungguh, Engkau mahakuasa atas segala sesuatu'.Sama-sama kita muasabah diri.