Saturday, 13 September 2008

SYABAS MUHYIDDIN






SYABAS dan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana menyampaikan hasrat sebenar ahli akar umbi UMNO yang terbuku selama ini. Kenyataan ini amat bermakna kepada ahli dan pemimpin UMNO yang seiring memperjuangkan hasrat akar umbi UMNO seperti Dato Mukhriz Mahadir dan lain lain.




















Hak dan suara mereka haruslah dikembalikan “Sebenarnya pemimpin tidak dipilih oleh pemimpin. Pemimpin sebenarnya ditentukan oleh ahli. Kalau pada peringkat negara Pemimpin dipilih oleh rakyat”. ( Bukan seperti Zaid Ibrahim- Beliau menjadi pemimpin dilantik oleh Pak Lah melalui pintu belakang)

Reaksi atas cetusan kenyataan Tan Sri Muhyiddin amat positif sekali walaupun pahit untuk diperkatakan beliau tetapi disambut baik oleh akar umbi UMNO, walau pun terdapat suara sumbang daripada kaki ampu yang mengatakan beliau cuba meraih populariti. Sebenarnya Tan Sri Muhyiddin sudah pun menunaikan tanggungjawab sebenar seorang Pemimpin. Pemimpin harus peka dengan kehendak atau reaksi orang yang di pimpinnya.

.

Disaat genting begini para pemimpin UMNO harus sedar bahawa apakah mereka masih hendak mempertahankan cara sekarang ataupun mengembalikan hak kepada ahli ataupun menghadapi kesulitan dan kehilangan kuasa. Amat merbahaya apabila akar umbi meluahkan rasa tidak puas hati semasa Pilihan Raya. Maka adalah wajar kuasa sebenar mereka dikembalikan. Biarlah mereka putuskan siapa bakal pemimpin dan “PERALIHAN KUASA HENDAKLAH DISEGERAKAN” tanpa menunggu JUN 2010.


KOMEN CUCU TOK PASAI:


GO HEAD TAN SRI…KATAKAN YANG BENAR WALAUPUN PAHIT














BERANI BERUBAH

1 comments:

AloQStaQ said...

Terima Kasih sahabatku Cucu Tok Pasai ... kerana dah mula update Medan Tempur kesayangan ahli UMNO Kuala Kedah ni agak kerap menjelang Pemilihan UMNO ni ...

Muhyiddin sudah mula kembali bersuara. Najib juga agak mula berani bersuara. Semua dah mula faham dan percaya cakap Tun Dr.M yang sudah lama nampak kelemahan AbDolah ... AbDolah patut turun untuk kebaikan dan mengembalikan kekukuhan Parti! ... Segera!
TAHNIAH TANSRI MUHYIDDIN! ...
TAHNIAH DATO'MUKHRIZ!
TAHNIAH TUN DR.M!
Kerana semuanya BERANI BERUBAH!

Untuk pertandingan diperingkat bahagian kita pula .... Aku pun dah update blog aku TERKINI SEMALAM (JUMAAT : 12/09/2008) dengan Topik Baru : Khusus untuk kempen Fakhruddin sebagai KP Kuala Kedah. Iaitu Sedikit Latar Belakang Fakhruddin.

Tanpa aku nak buruk-burukkan sesiapa yang lain, aku cuba jelaskan kepada semua pembaca blog Medan Tempur Kuala Kedah dan Blog Aku (AloQStaQBlog) untuk menilai kredibiliti Fakhruddin.

Buatlah pilihan yang tepat demi membawa halatuju Pemuda Kuala Kedah ke arah yang lebih kukuh dan kembalikan kegemilangan Pemuda seperti dahulu! ... TOLAK ORANG YANG MAIN POLITIK WANG! ... Dan Fakhruddin, sudah pastinya akan membawa suara Dato' Mukhriz untuk ditabalkan sebagai KP Malaysia! INI AKU CONFIRM 100% SEBAB AKU DAH KAJI SEDALAM-DALAMNYA. FAKHRUDDIN DARI KEM DATO' MUKHRIZ ... Pertarungan Sengit dari dua kem berbeza !....

TOLAK CALON YANG MAIN POLITIK WANG!
BERANI BERUBAH !


Sekian, terima kasih.
Sila layari : http://AloQStaQBlog.blogspot.com